TEHRAN, 15 SEPT – Iran telah merampas dua kapal tangki minyak yang didakwa membawa bahan api seludup di Teluk dan menahan anak kapal mereka, kata televisyen negara hari ini.
“Pasukan tentera laut Pengawal Revolusi merampas dua kapal sejak dua hari lepas,” kata televisyen negara, memetik Mohammad-Sharif Shirali, komander Pengawal Revolusi.
“Kapal tangki yang dirampas, berbendera Panama dan Tanzania membawa lebih 1.5 juta liter minyak dan gas Iran,” katanya.
Menurut Shirali, Pengawal Revolusi mengiringi kapal yang dirampas ke pelabuhan Mahshahr di barat daya negara itu.
“Tiga puluh tujuh anak kapal telah diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman di Mahshahr,” tambahnya. – AFP
