Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran tahan abang presiden, hukum warga China-Amerika

    TEHRAN, Iran, 17 Julai – Iran telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki warga China-Amerika selepas menuduhnya ‘menyusup masuk’ ke negara itu dan telah menahan abang Presiden Hassan Rouhani berhubung dakwaan salah laku kewangan, menurut pihak berkuasa semalam.

    Berita tentang penahanan itu dibuat kurang dua bulan selepas Rouhani mengalahkan pihak penentang berpendirian keras untuk memenangi pemilihan semula dengan dalam sebahagian besar rekod pentadbiran beliau mencari penglibatan lebih luas dengan pihak Barat. Pengumuman itu dibuat oleh pihak badan kehakiman, satu tunggak pengaruh mereka yang berpendirian keras.

    Lelaki dua kewarganegaraan China-Amerika itu dikenal pasti sebagai Xiyue Wang (gambar), penyelidik sejarah berusia 37 tahun, menurut Mizan Online, laman sesawang yang bergabung dengan badan kehakiman itu.

    Sebelum ini dia tidak diketahui di kalangan beberapa orang warga Amerika yang ditahan di Iran.

    “Ia telah disahkan dan dipastikan bahawa dia telah menghimpun maklumat dan terlibat dalam penyusupan masuk,” jurucakap badan kehakiman, Gholamhosein Mohseni Ejehi berkata ketika taklimat media rutin.

    Ejehi tidak mendedahkan identiti Wang melalui nama. Tetapi beberapa jam selepas dia bercakap, Mizan telah menyiarkan artikel yang mengatakan sumber tidak bernama yang mendedahkan identitinya dan termasuklah beberapa keping gambarnya yang diambil dari internet.

    Artikel Mizan itu mengatakan dia dilahirkan di Beijing dan memasuki Iran sebagai penyelidik. Ia menekankan pengajian ijazah yang dijalaninya di Universiti Princeton pada tahun 2013 dan 2014 dan menyifatkan dia sebagai fasih berbahasa Parsi.

    Dalam satu kenyataan, Princeton berkata Wang diberkas di Iran musim panas lalu ketika menjalankan penyelidikan ke atas dinasti 1794-1925 bagi PhD dalam sejarah Eurasia lewat abad ke 19 dan awal 20. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda