Iran tahan bot UAE berhubung kematian nelayan

TEHRAN, 20 OGOS – Iran hari ini berkata ia merampas kapal Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan memanggil utusan UAE selepas dua nelayannya ditembak mati dalam insiden di Teluk.

Kementerian Luar Negeri berkata bot itu dirampas pada Isnin selepas kapal pengawal pantai UAE ‘melepaskan tembakan ke atas beberapa bot nelayan…membawa kepada kematian dua nelayan,” menambah bahawa ia memanggil kuasa usaha UAE.

“Bot emiriah telah dirampas oleh pengawal pantai Republik Islam Iran kerana ia masuk secara haram ke perairan kami dan krunya telah ditangkap,” tambah kenyataan itu lagi. – AFP