Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Iran tahan lebih 100 orang berhubung kes keracunan pelajar sekolah

TEHRAN, 12 MAC – Kementerian Dalam Negeri Iran kelmarin mengumumkan bahawa lebih 100 orang ditahan di 11 wilayah berhubung insiden keracunan membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.

Menurut kenyataan kementerian yang disiarkan di laman sesawangnya, beberapa tahanan dikatakan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan nakal untuk ponteng  dan pihak berkuasa telah memberi amaran kepada mereka, lapor Xinhua. 

Menurut kenyataan itu beberapa lagi tahanan lain pula didapati cuba menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan pelajar.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Lebih 700 pelajar di lebih 30 sekolah di seluruh Iran menjadi mangsa kes keracunan misteri sejak 30 November 2022 selepas kes pertama dilaporkan di wilayah Qom.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei pada Isnin menggesa penguatkuasa undang-undang untuk menahan dalang di sebalik insiden itu dan berikrar untuk memberikan hukuman maksimum kepada pelaku. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -