Iran tahan tiga rakyat Australia

SYDNEY, 11 SEPT – Australia hari ini berkata, tiga rakyatnya ditahan di Iran, siri terbaru penahanan orang Barat dilakukan oleh pihak berkuasa di Tehran.

“Jabatan Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan menyediakan bantuan konsulat kepada keluarga ketiga-tiga rakyat Australia yang ditahan di Iran.

“Oleh kerana kewajipan terhadap privasi kami, kami tidak akan memberi sebarang ulasan lanjut,” kata seorang jurucakap memberitahu AFP.

Agensi penyiar awam Australia, ABC berkata bahawa salah seorang teman lelaki wanita dan juga rakyat Australia antara yang ditahan. Belum ada pengesahan sama ada ketiga-tiganya sudah didakwa. Salah seorang daripada wanita itu dilaporkan sudah ditahan selama setahun. – AFP