Iran tangguh hukuman mati 3 pembantah

TEHRAN, 19 JULAI – Iran membatalkan hukuman gantung terhadap tiga orang yang berkaitan dengan bantahan maut pada November yang dicetuskan oleh harga minyak tinggi, kata salah seorang peguam tertuduh memberitahu AFP hari ini.

“Kami memohon rayuan bagi perbicaraan semula kepada mahkamah tinggi dan mereka menerimanya. Kami berharap perbicaraan itu akan membuahkan hasil,” kata Babak Paknia menerusi telefon.

Badan Kehakiman Iran berkata minggu lalu yang mahkamah telah mengekalkan hukuman mati ke atas ketiga-tiganya.

Ia berkata bukti telah ditemui dalam telefon mereka yang ketiga-tiganya membakar bank-bank, bas dan bangunan awam pada November. – AFP