Iran tangkap 21 nelayan dari negara Arab

TEHRAN, Iran, 2 Jan – Televisyen kerajaan Iran melaporkan pengawal pantai negara itu telah menahan 21 nelayan dan tiga bot mereka dari negara jiran Arab kerana menceroboh masuk ke wilayah perairannya dan menangkap spesies ikan yang luar biasa.

Laporan hari ini itu berkata bot-bot tradisional, dikenali sebagai dhow, telah memasuki perairan Iran berhampiran Pulau Kish negara itu di Teluk Parsi.

Katanya nelayan berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah, menambah bahawa mereka telah menangkap spesies ikan yu dan ikan lain di perairan Iran. Beberapa bulan kebelakangan, Iran telah menahan 12 dhow di perairannya berhubung dakwaan serupa. – AP