Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Iran tangkap pembantah tasik kering

    TEHRAN, 17 JULAI – Polis Iran telah menangkap beberapa orang kerana mengganggu keselamatan selepas mereka mengadakan bantahan atas pengeringan tasik yang pernah dulu dianggap tasik terbesar di Timur Tengah, kata media rasmi hari ini.

    Tasik Urmia yang terletak di pergunungan barat laut Iran mula mengering pada 1995 disebabkan kemarau berpanjangan dan pengekstrakan air bagi pertanian dan empangan, menurut Program Alam Sekitar PBB.

    Urmia, salah satu tasik ‘hipermasin’ atau terlampau masin di dunia terletak antara bandar Tabriz dan Urmia, dengan lebih enam juta orang bergantung pada pertanian di sekitar pesisirnya.

    Hari ini, Rahim Jahanbakhsh, ketua polis wilayah Barat Azerbaijan melaporkan penangkapan itu.

    Dia menyifatkan suspek sebagai ‘elemen musuh dan jahat, yang tidak ada objektif lain selain untuk memusnahkan harta benda awam dan mengganggu keselamatan penduduk,” menurut agensi berita kerajaan IRNA.

    Kelmarin, agensi berita Fars melaporkan ‘puluhan orang di bandar-bandar Naghadeh dan Urmia telah membantah atas kekurangan perhatian pihak berkuasa pada pengeringan Tasik Urmia’.

    Fars berkata para pembantah telah melaungkan slogan di bandar wilayah Urmia memberi amaran yang tasik telah mengering. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...