Iran terus catat lebih 100 kes kematian

TEHRAN, 17 JUN – Iran hari ini melaporkan lebih dari 100 kematian akibat pandemic COIVD-19 bagi hari keempat berturut-turut, mengatakan bahawa perhimpunan di wilayah berisiko tinggi telah menyebabkan lonjakan jangkitan berkenaan.

“Mengadakan perjumpaan seperti perkahwinan dan pengebumian adalah salah satu penyebab utama peningkatan jangkitan koronavirus di zon merah yang merupakan zon paling bahaya, kata timbalan menteri kesihatan Iraj Harirchi.

“Di satu wilayah, 120 orang dijangkiti pada satu majlis perkahwinan,” kata agensi berita ISNA.

Jurucakap kementerian kesihatan Sima Sadat Lari berkata 120 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan Iran kepada 9,158 orang.

Ini adalah jumlah kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi Iran sejak 11 April. Lari menambah bahawa 2,612 lagi diuji positif untuk COVID-19, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 195,051 kes.

Iran melaporkan kes-kes koronavirus pertamanya pada 19 Februari, dan sejak itu berjuang untuk mengatasi wabak tersebut. – AFP

Gambar fail pada 16 Jun lalu menunjukkan anggota perubatan ketika melakukan pemeriksaan harian seorang pesakit koronavirus di Hospital Shohadaye Tajrish di Tehran. Iran kelmarin melaporkan lebih dari 100 kematian akibat pandemik COIVD-19 bagi hari keempat berturut-turut. – AFP