Iran tingkat pengayaan uranium 20%

TEHRAN, IRAN, 10 OKT – Iran telah menghasilkan lebih 120 kilogram daripada 20 peratus pengayaan uranium, kata ketua agensi tenaga atom negara itu, lebih tinggi daripada apa yang pemerhati nuklear PBB lapor bulan lalu.

Mohammad Eslami berkata dalam temu bual bersama televisyen negara itu lewat kelmarin bahawa perjanjian nuklear 2015 bersama kuasa-kuasa du-nia, penandatangan lain telah menyediakan Iran dengan 20 peratus pengayaan uranium yang diperlukan bagi reaktor penyelidikannya.

“Namun ia belum dihantar. Jika kita tidak menghasilkannya sendiri ia akan menyebabkan salah satu daripada masalah kita,” katanya.

Di bawah syarat perjanjian nuklear, Iran dilarang untuk melakukan pengayaan uranium melebih 3.67 peratus dengan pengecualian daripada aktiviti reaktor penyelidikannya.

Uranium yang diperkayakan melebihi 90 peratus boleh digunakan dalam senjata nuklear.

Pada September, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata simpanan stok uranium ditingkatkan kepada 20 peratus ketulenan boleh belah dianggarkan pada 84.3kg, meningkat daripada 62.8kg tiga bulan sebelumnya.

Saintis menganggarkan sekitar 170kg pengayaan uranium diperlukan untuk membuat bom. – AP

Loji Tenaga Nuklear Bushehr, Iran. – AFP