Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Iran tingkatkan pengayaan uranium 60 peratus

    TEHRAN, 22 NOV – Iran hari ini berkata ia telah memulakan pengayaan uranium kepada 60 peratus di loji Fordo, sebuah kemudahan bawah tanah yang dibuka semula tiga tahun lalu di tengah-tengah kegagalan perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa besar.

    Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada tindak balas Iran terhadap penerimaan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu mengenai usul kecaman yang dirangka oleh kerajaan-kerajaan Barat yang mendakwa Iran tidak bekerjasama.

    “Iran telah memulakan pengayaan uranium kepada 60 peratus di loji Fordo buat kali pertama,” menurut laporan agensi berita ISNA, perkembangan yang kemudian disahkan oleh Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammad Eslami.

    Bom atom memerlukan pengayaan uranium kepada 90 peratus, jadi 60 peratus merupakan langkah signifikan untuk pengayaan gred senjata.

    Iran selalu menafikan sebarang hasrat untuk membangunkan bom atom, menegaskan aktiviti nuklearnya adalah untuk kegunaan awam sahaja.

    Di bawah perjanjian yang dipersetujui pada 2015, Iran bersetuju untuk menghentikan loji Fordo dan mengehadkan pengayaan uraniumnya kepada 3.67 peratus, cukup untuk kegunaan awam, sebagai sebahagian daripada pakej sekatan aktiviti nuklearnya yang bertujuan untuk menghalang pembangunan senjata nuklear secara rahsia.

    Sebagai balasan, kuasa-kuasa utama akan melonggarkan sekatan yang mereka kenakan ke atas program nuklear Iran.

    Tetapi perjanjian itu terbatal pada 2018 apabila presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump menarik Washington keluar daripada perjanjian dan mengenakan semula sekatan ekonomi. – AFP

    Peta yang menunjukkan lokasi ibu kota Iran, Tehran.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...