Iran umum 43 lagi korban COVID-19

TEHRAN, 9 MAC – Iran hari ini melaporkan 43 kematian baharu akibat koronavirus baharu dalam tempoh 24 jam, membawa jumlah korban keseluruhan 237 orang.

“Rakan-rakan kami telah mengesahkan 595 kes baharu di seluruh negara,” kata Kianoush Jahanpour, jurucakap kementerian kesihatan dalam sidang media.

“Ia menbawa jumlah keseluruhan kes kepada 7,161 pada petang hari ini,” tambahnya.

Jahanpour berkata kadar jangkitan baharu telah ber-kurangan ‘namun ia masih terlalu awal untuk diputuskan’. – AFP’