Iran umum fasa baharu perangi virus

TEHRAN, 18 MEI – Iran hari ini mengatakan ia telah memasuki fasa baharu cuba menyingkirkan koronavirus itu selepas berjaya mengawal wabak paling maut di kebanyakan rantau.

“Laporan menunjukkan kami telah lulus bagi fasa kawalan dan pengurusan dan sekarang dalam fasa pengekangan’ penularan COVID-19, kata jurucakap kerajaan Ali Rabiei kepada sidang media di televisyen.

Walaupun kementerian kesihatan mengumumkan hampir 2,300 jangkitan baharu, Rabiei mempertahankan keputusan kerajaan Iran untuk membuka semula perniagaan tidak lama lagi. – AFP