Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Iran umum sistem pertahanan tangkis ancaman kimia, biologi

    TEHRAN, 4 SEPT – Pihak berkuasa Iran telah memperkenalkan sistem pertahanan di 51 buah bandar untuk menentang ‘ancaman biologi, radiologi dan kimia’, umum Timbalan Menteri Pertahanan, Mehdi Farahi.

    Kementerian Pertahanan telah ‘menyediakan 51 buah bandar di negara ini dengan pemasangan dan peralatan yang diperlukan untuk pertahanan pasif, Farahi dipetik sebagai berkata oleh Iribnews, kelmarin, laman web penyiar negeri itu.

    Beliau menambah kementerian itu ‘kini dapat mengenal pasti ancaman disebabkan infrastruktur yang disediakan untuk menghadapi semua jenis ancaman biologi, radiologi dan kimia’.

    Pengumuman itu dibuat ketika Iran terlibat dalam rundingan untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 dengan kuasa-kuasa dunia memberi pelonggaran sekatan sebagai balasan untuk mengekang program nuklearnya. Ketika momentum terbina untuk memulihkan perjanjian itu, Israel telah melancarkan desakan saat-saat akhir bagi meyakinkan sekutu untuk menghentikan rundingan.

    Pada 28 Ogos, Perdana Menteri Israel, Yair Lapid berkata arahan telah diberikan kepada tentera dan agensi perisik Mossad untuk ‘bersedia bagi sebarang senario’ sekiranya perjanjian itu diluluskan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...