Wednesday, June 7, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    Iraq bakal adakan pilihan raya daerah

    BAGHDAD, 20 MAC – Parlimen Iraq telah menetapkan 6 November sebagai tarikh pilihan raya bagi majlis-majlis daerah, badan-badan yang berkuasa yang dibubarkan dalam protes anti-kerajaan pada tahun 2019.

    “Pilihan raya daerah akan berlangsung pada 6 November 2023,” kata satu kenyataan daripada parlimen, selepas ahli-ahli parlimen bersetuju dengan tarikh itu semalam.

    Pilihan raya bagi majlis-majlis tersebut, yang pertama dalam satu dekad, akan diadakan di 15 daripada 18 wilayah Iraq, tidak termasuk tiga wilayah di rantau Kurdistan yang autonomi di utara Iraq.

    Majlis-majlis daerah, yang dicipta oleh perlembagaan tahun 2005 selepas rejim Saddam Hussein runtuh, mempunyai kuasa yang besar dalam persekutuan Iraq, termasuk mengagihkan bajet untuk kesihatan, pengangkutan dan pendidikan. – AFP

    Proses pengundian di Iraq. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -