Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Iraq dakwa temui telaga minyak baharu

    BAGHDAD, 21 JULAI – Kerajaan Iraq memaklumkan pihaknya telah menemui telaga minyak baharu di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar yang terkenal dengan bahan mineral dan fosfat.

    Gabenor Anbar, Ali Farhan kelmarin berkata pihak berkuasa Anbar sedang bekerjasama dengan kementerian dan syarikat Saudi-Amerika mengenai penemuan itu.

    “Kementerian Minyak perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan penerokaan minyak baharu di Anbar, barat Iraq, dan kawasannya meliputi 34 peratus daripada keseluruhan Iraq,” katanya. Kementerian Minyak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah sebenar telaga minyak baharu itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...