Iraq dan Iran bincang kerjasama

BAGHDAD, 11 Jan – Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi, semalam bertemu Menteri Petroleum Iran, Bijan Zanganeh, yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu, berhubung kerjasama lebih lanjut dalam sektor minyak dan tenaga, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri Iraq.

Menurut kenyataan itu, Mahdi memuji hubungan antara kedua-dua negara jiran demi memenuhi kepentingan rakyatnya.

Bagi pihaknya, Zanganeh turut menyuarakan keperluan untuk terus memajukan hubungan dua hala itu dan berkata beliau berharap lebih banyak kerjasama akan dicapai. – Bernama