Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Iraq larang hubungan dengan Israel

    BAGHDAD, 27 MEI – Penggubal undang-undang Iraq meluluskan undang-undang melarang penjalinan hubungan, termasuk hubungan perniagaan dengan Israel, semalam.

    Undang-undang itu diluluskan dengan 275 penggubal undang-undang mengundi menyokongnya dalam parlimen yang terdiri daripada 329 kerusi.

    Satu kenyataan daripada parlimen berkata undang-undang yang diluluskan itu ‘mencerminkan semangat rakyat.’

    Keputusan tegas itu dicapai walaupun beberapa negara Arab sudah mewujudkan hubungan rasmi dengan rejim Zionis.

    Iraq tidak pernah mengiktiraf Israel, malah rakyat dan syarikat negara ini tidak dibenarkan berkunjung ke sana.

    Bagaimanapun, undang-undang baharu yang diluluskan kali ini mengkhusus kepada ketetapan bahawa sebarang cubaan menjalin hubungan dengan Israel merupakan satu jenayah.

    Undang-undang itu diusulkan oleh ulama berpengaruh, Moqtada al-Sadr. Parti beliau yang membantah hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, memenangi semakin banyak kerusi parlimen dalam pilihan raya Oktober lalu.

    “Keputusan meluluskan undang-undang itu bukan hanya satu kemenangan kepada rakyat Iraq, tetapi juga wira di Palestin dan Hizbullah di Lubnan,” kata Ahli Parlimen, Hassan Salim.

    Beberapa negara Teluk, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, mempuntyai hubungan diplomatik dengan Israel. – AFP

    Pengikut ulama Moqtada al-Sadr memegang poster bersama gambarnya ketika mereka meraikan kelulusan undang-undang yang melarang penjalinan hubungan dengan Israel, di Dataran Tahrir, Baghdad pada 26 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...