Iraq perlu reformasi ekonomi

NEW YORK, 12 JULAI – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengakui cabaran yang terpaksa dihadapi Iraq dalam peralihan kepada persekitaran pasca konflik dan memerlukan pembaharuan ekonomi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan para pemimpin badan itu yang pertama kali melawat negara tersebut kelmarin.

Dalam satu misi yang diketuai bersama oleh Kuwait dan Amerika Syarikat, anggota majlis keselamatan melawat Kuwait City serta Baghdad pada 28 dan 29 Jun, bertemu dengan pegawai peringkat tinggi untuk mengukur keadaan di lapangan dengan lebih baik.

Dalam satu taklimat bersama, kesemua pemimpin menyifatkan jadual perjalanan dan rumusan lawatan itu meliputi pencapaian dan cabaran semasa.

Duta Kuwait ke PBB Mansour Ayyad Al-Otaibi berkata tujuan perjalanan itu adalah ‘serampang lima mata.’

“Pertama, ia bertujuan menunjukkan sokongan terhadap pemulihan dan pembinaan semula pasca konflik Iraq.

Ia juga untuk memerhati dan menyokong usaha-usaha Misi Bantuan PBB ke Iraq (UNAMI) serta Pasukan Penyelidik PBB untuk Mempromosi Akauntabiliti bagi Jenayah yang Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL/Da’esh),” kata beliau. – Bernama