Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iraq perlu wujudkan kerajaan inklusif

    NEW YORK, 31 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq mahu negara itu membentuk sebuah kerajaan yang inklusif selepas tamatnya pilihan raya parlimen pada 12 Mei lalu, lapor agensi berita Xinhua.

    “Fasa pasca pilihan raya adalah tempoh sangat penting bagi Iraq,” kata utusan khas PBB, Jan Kubis, kepada Majlis Keselamatan pada Rabu.

    Beliau menggesa pemimpin politik mengutamakan dialog inklusif, tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak serta memastikan pembentukan kerajaan baharu yang mencerminkan kehendak rakyat.

    ‘’Penting untuk kerajaan baharu menumpukan terhadap semua isu merangkumi semua agama dan etnik dalam melaksanakan reformasi politik, ekonomi dan sosial, sambil berusaha meningkatkan ekonomi, penyampaian perkhidmatan awam serta keadilan sosial,” katanya.

    Pilihan raya parlimen yang diadakan pada 12 Mei berlangsung dengan aman, namun peratusan keluar mengundi amat rendah iaitu 44.52 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda