Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ireland buka mata Rashford

    BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 4 Okt – Penyerang muda Manchester United Marcus Rashford berkata persembahan hambar England di Euro 2016 tidak menjelmakan sebarang kenangan manis di kejohanan besar pertamanya itu.

    Rashford menyertai skuad England selepas menyerlah bersama United dalam babak kedua musim 2015-16.

    Tetapi dengan hanya dua kali dimasukkan sebagai pemain gantian di Perancis itu, termasuk aksi tiga minit ketika kekalahan memalukan di peringkat 16 terakhir kepada Iceland, ia memori yang sukar untuk dinikmatinya.

    “Sejujurnya, sukar untuk melihat sudut positif apabila anda tewas kerana dalam perlawanan sebegitu anda tidak mempunyai peluang untuk bangkit,” kata Rashford.

    “Jika untuk kelab dan hanya perlawanan liga, jika tewas satu perlawanan anda masih ada perlawanan lain pada minggu berikutnya untuk menebus kekalahan.

    “Ia tidak seperti itu dalam kejohanan bola sepak dan sebab itulah ia begitu mengecewakan dan sukar untuk diterima.”

    Selepas 15 bulan sejak kekalahan di tangan Iceland, England kini di ambang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

    Mereka akan bertemu Slovenia di Wembley Khamis ini sebelum bertandang ke Lithuania pada Ahad untuk dua perlawanan terakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda