Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irene, Yoona dan Jennie: Wajah idaman orang ramai

    SEORANG pakar pembedahan plastik Korea Selatan, iaitu Dr Kim Jong Myung berkata bahawa terdapat trend kecantikan terbaharu yang menjadi pilihan orang ramai yang ingin mengubah wajah mereka.

    Menerusi program Video Star MBC, Kim Jong Myung yang juga abang kepada penyanyi Kim Jong-kook mendedahkan terdapat beberapa selebriti wanita yang menjadi wajah paling kerap ditiru. Tiga selebriti tersebut terdiri daripada Irene (Red Velvet), Yoona (Girls Generations) dan Jennie (Blackpink) merupakan paling banyak ditiru dan dimahukan wanita-wanita negara itu.

    “Mereka akan berkata kepada saya ‘tolong beri saya rupa begini’ dan menunjukkan wajah selebriti yang mereka mahukan,” ujar Kim.

    Mereka idamkan keindahan wajah Irene yang dilihat paling ideal dan ‘sharp feature.’ Kecantikan tradisional Yoona dan warna mata yang unik seperti Jennie. – Agensi

    Menerusi program Video Star MBC, Kim Jong Myung mendedahkan bahawa Irene (Red Velvet), Yoona (Girls Generations) dan Jennie (Blackpink) adalah wajah yang paling kerap ditiru dan dimahukan wanita-wanita negara itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda