Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Irfan Haris masuk hospital akibat sakit tekak teruk

    Demi melancarkan lagu baharu pada Jun ini, penyanyi Irfan Haris sanggup menahan sakit dan menangguhkan prosedur pembedahan membuang sinus yang dihidapinya sejak setahun lalu.

    Menurut Irfan atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman, 21, dia juga mengikut nasihat doktor agar terus mengambil ubat dan sakit yang dialami itu masih belum tahap mendesak sehingga perlu pembedahan segera.

    Adik kepada penyanyi Amira Othman ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Ahad lalu selepas beberapa hari mengalami sakit tekak yang teruk.

    Irfan yang dihubungi kelmarin memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan supaya lebih banyak berehat.

    “Kalau sebelum ini saya hari-hari menyanyi cover lagu, mungkin selepas ini kena bataskan aktiviti tersebut. Jadual persembahan juga tidak boleh terlalu kerap sebab nak menjaga suara,” jelasnya.

    Sementara itu, bercerita tentang lagu baharu yang bakal dilancarkan, kata Irfan ia merupakan ciptaannya sendiri dan sudah siap dihasilkan sejak empat tahun lalu.

    Lagu genre balada ini juga lebih dekat dengan hatinya kerana menurut Irfan peminat meminati dirinya apabila menyanyikan lagu-lagu sebegitu. – Agensi

    Irfan harap kesihatan semakin baik menjelang pelancaran lagu baharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...