Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    IRGC dedah peluru berpandu

    TEHRAN, 9 FEB – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) hari ini mengumumkan perkembangan peluru berpandu permukaan ke permukaan, menyatakan jaraknya boleh mencecah sehingga ke Israel.

    Laman web IRGC, Sepahnews berkata peluru berpandu itu dinamakan Khaybarchekan sempena kemenangan peperangan di zaman Nabi Muhammad pada abad ke-7.

    Ketua turus tentera bersenjata, Mohammad Bagheri menggambarkannya sebagai peluru berpandu ‘jarak jauh’ yang strategik.

    Laman web itu juga mengatakan peluru berpandu mempunyai jarak sekitar 1,450km (kira-kira 900 batu), yang berupaya menembusi sistem antipeluru berpandu.

    Ia didedahkan semasa lawatan ke pangkalan udara IRGC bersama ketua aeroangkasa, Amirali Hajizadeh.

    “Pengendaliannya dan kelajuan ekstrem membolehkan ia mencapai sasaran dalam radius 1,450km,” kata laman web itu.

    Iran mempunyai armada peluru berpandu terbesar di Timur Tengah.

    Pada 24 Disember, republik Islam itu menembakkan 16 peluru berpandu balistik untuk menamatkan latihan tentera yang disifatkan jeneral-jeneral sebagai amaran kepada Israel. – AFP

    Peluru berpandu didedahkan di sebuah lokasi di Iran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...