PENYANYI rap iaitu Iron telah ditangkap polis dan didakwa selepas dituduh menyerang teman wanitanya.
Laporan polis yang dibuat pada Selasa mendapati Iron ditahan selepas dituduh melakukan serangan terhadap teman wanitanya.
Dipetik dari Koreaboo melaporkan, Iron dikatakan telah menumbuk teman wanitanya kerana enggan memenuhi permintaannya.
Kejadian itu berlaku di akhir bulan September 2016 tetapi tidak didedahkan kepada umum sehingga laporan itu dikeluarkan pada Selasa lalu.

Satu lagi insiden dipercayai berlaku hanya 15 hari selepas serangan pertama terhadap teman wanitanya itu.
Dalam kejadian kedua, Iron didakwa mencekek teman wanitanya dan menumbuk di muka sehingga meninggalkan lebam selain menyebabkan patah jari kiri selepas wanita itu mahu memutuskan hubungan.
Sebelum ini, Iron telah ditangkap kerana kesalahan menghisap ganja.