Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Irving pamer kebebasan melalui kasut

    NEW YORK, 8 DIS – Kyrie Irving kini bebas dari sebarang agensi dan dia menggunakan perlawanan Brooklyn Nets baru-baru ini untuk menghebahkannya.

    Irving bermain dengan pita yang menutup logo di belakang kasutnya, dua hari selepas Nike menamatkan hubungan dengannya.

    Perkataan ‘SAYA BEBAS. Terima kasih Tuhan. SAYA BEBAS, telah ditulis menggunakan pen dakwat emas pada kasutnya semasa Nets menang 122-116 ke atas Charlotte. Bahagian sebelah lagi tertulis ‘logo di sini.’

    Nike telah menggantung sementara tajaan ke atas Irving pada bulan lalu sebagai balasan kepada ciapan Irving yang dikaitkan dengan filem berunsur antisemitik. Pengeluar baju sukan itu kemudiannya mengumumkan pada minggu ini bahawa perpisahan itu adalah kekal dan muktamad. Irving merupakan atlet Nike sepanjang kariernya dan syarikat tersebut dijadual untuk mengeluarkan Kyrie 8. Ejennya, Shetellia Riley Irving, berkata perpisahan tersebut adalah atas persetujuan bersama dan Irving kelihatan gembira dengan keputusan itu,

    Satu ciapan di Twitter miliknya pada Isnin berkata tiada apa yang lebih berharga daripada ‘kebebasan’. Dia juga berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokongnya melalui produk-produk keluarannya dan menambah ‘kini tibalah masanya untuk menunjukkan betapa kuatnya kita sebagai sebuah komuniti.’ – AP

    Kyrie Irving memakai kasut dengan logo yang ditutup dengan pita bertulis “SAYA BEBAS. Terima kasih Tuhan. SAYA BEBAS,” menggunakan pen dakwat emas semasa perlawanan bola keranjang menentang Charlotte Hornets di New York, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...