LOS ANGELES, 23 Ogos – Boston Celtic menandatangani Kyrie Irving dari Cleveland Cavaliers semalam dalam pertukaran besar yang menyaksikan Isaiah Thomas menuju ke arah bertentangan, Celtic mengesahkan.
Celtic dalam satu kenyataan bahawa mereka telah mendapatkan Irving dalam pertukaran bagi Thomas, pemain penyerang Jae Crowder, pemain tengah Ante Zizic dan hak bagi Brooklyn Nets 2018 bagi pilihan pusingan pertama.
“Kyrie adalah salah seorang penjaring terbanyak dalam NBA. Dia telah membuktikan di peringkat terbesar, NBA Finals, tiga tahun lalu,” kata Presiden Celtic bagi Operasi Bola Keranjang, Danny Ainge dalam satu kenyataan.
“Dia adalah juara NBA, pemenang pingat Emas Olimpik, dan All-Star empat kali. Bagi semua yang dicapainya, kami fikir tahun–tahun terbaik berada di depannya.”
Pemilik bersama Celtic, Wyc Grousbeck sementara itu memberikan penghormatan terhadap sumbangan Thomas dan Crowder, pemain utama bagi Boston musim lalu ketika mereka menamatkan kedudukan pertama dalam Eastern Conference.
“Isaiah dan Jae adalah sebahagian besar dari kejayaan kami,” katanya. “Persembahan playof Isaiah di bawah keadaan yang sukar akan hidup dalam sejarah, dan kami ucapkan yang terbaik untuk mereka.”
Permintaan Irving untuk berpindah dari Cleveland dan LeBron James mengejutkan NBA apabila ia disahkan pada Julai.
Pasukan Cavaliers mara ke NBA Finals dalam setiap dari tiga musim lalu, menewaskan Golden State sekali dan tewas dalam dua perlawanan.
Irvings, 25, yang mencatatkan perkadaran 25.5 mata dengan 47.3 peratus jaringan dan 5.8 asis musim lalu, masih mempunyai tiga tahun dan AS$60 juta dalam kontraknya.
Thomas, ketiga dalam NBA musim lalu dengan perkadaran 28.9 mata, adalah bebas ejen selepas kempen 2017-18. – AFP