Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Irwansyah belum sedia tambah isteri

-

Pelakon terkenal Indonesia, Irwansyah mengakui masih belum bersedia untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Menurut laporan Kompas, Irwansyah menyedari dia perlu memikul tanggungjawab berat jika memilih untuk hidup berpoligami.

“Ada seorang pun dah berat. Memang boleh (poligami) tidak dilarang, cuma tanggungjawab kita terhadap isteri selepas itu.

“Kalau dia ada terasa hati walaupun sedikit atau rasa tidak adil, dosanya sangat besar. Itu salah satu penghalang kita masuk syurga.

“Lagipun kita hidup di dunia ini cuma beberapa tahun sahaja,” katanya.

Irwansyah berkata demikian menjawab soalan yang diajukan oleh Maia Estianty mengenai isu poligami di laman YouTube Maia Aleldul TV pada Khamis.

Sementara itu, isterinya Zaskia Sungkar turut mengakui masih belum mempunyai kekuatan untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Bagaimanapun Zaskia tidak menolak jika ditakdirkan satu hari nanti dia hidup bermadu dengan wanita lain.

“Mungkin kalau iman saya ada di tahap tinggi, mungkin saya bersedia.

“Wallahualam, jalan hidup kita kan masih ada lagi, bukan berhenti di sini sahaja, mudah-mudahan saya boleh sampai ke tahap itu,” ujarnya. – Agensi

Irwansyah takut memegang tanggungjawab besar jika memiliki lebih daripada seorang isteri dan tidak bersedia menambah isteri. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -