Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IS di ambang kekalahan di Mosul

    MOSUL, Iraq, 17 Mei – Tentera Iraq telah menawan hampir 90 peratus barat Mosul dari kumpulan Islamic State (IS) di bandar itu kini “di ambang kekalahan total”, menurut pegawai semalam.

    Tentera Iraq melancarkan operasi besar untuk menawan semula Mosul dari IS sejak tujuh bulan lalu, berjuang memasuki ke dalam bandar yang ditawan IS itu, menawan semula bahagian timur dan kemudian menyerang di bahagian barat.

    Brigedier Jeneral Yahya Rasool, jurucakap bagi Perintah Operasi Bersama Iraq, memberitahu satu sidang media di Baghdad bahawa IS kini mengawal hanya 10 peratus barat Mosul.

    Kedua-dua Staf Leftenan Jeneral Abdulwahab al-Saadi, seorang komander tentera khas Iraq dan Kolonel John Dorrian, jurucakap bagi pakatan antarabangsa yang diketuai oleh AS untuk menentang IS, berkata bahawa ia sudah hampir berakhir buat para penjihad di bandar itu.

    “Mereka mempunyai dua pilihan: mati dan pergi ke neraka atau mengibarkan bendera putih. Mereka tidak mempunyai pilihan ketiga,” Saadi memberitahu AFP pada ibu pejabatnya di Mosul.

    Lebih ramai penduduk Mosul melarikan diri dari rumah akibat meningkatnya aktiviti ketenteraan di kawasan tersebut. – AFP
    Lebih ramai penduduk Mosul melarikan diri dari rumah akibat meningkatnya aktiviti ketenteraan di kawasan tersebut. – AFP

    “Pihak musuh kini sepenuhnya dikepung,” Dorrian memberitahu satu sidang media di Baghdad. “Pihak musuh kini di ambang kekalahan total di Mosul.”

    Dorongan untuk menawan semula Mosul telah disokong oleh kempen pakatan serangan udara di dalam dan sekeliling bandar itu.

    Dorrian berkata serangan-serangan dari pihak pakatan telah memusnahkan lebih daripada 300 kenderaan yang dipasang bom di Mosul dan juga lebih 200 terowong IS dan lebih daripada ribuan pejuang IS.

    IS kini hanya mengawal segelintir kejiranan di sekeliling Old City, salah satu permata warisan negara itu.

    Kawasan jalan-jalan sempit dan bangunan-bangunan rapat membuatkan ia sukar bagi tentera federal untuk menentang para penjihad, memerlukan mereka untuk bertempur berjalan kaki dari kenderaan-kenderaan seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

    Separuh juta orang kini kehilangan tempat tinggal berikutan pertempuran di Mosul, dan beberapa 250,000 orang awam dianggarkan masih terperangkap di barat bandar itu.

    Jumlah orang yang melarikan diri telah meningkat, dengan Khamis lepas menyaksikan kira-kira 20,000 orang melarikan diri dari barat Mosul, menurut Majlis Pelarian Norweign, dalam apa yang dilihat perpindahan terbesar dalam sehari sejak operasi itu bermula. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda