Thursday, November 7, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isa Samad direman 5 hari

     

    Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes. – Bernama

    PUTRAJAYA, 16 Ogos – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington,  London antara 2014 dan 2015.

    Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendalikan prosiding reman berkenaan mengeluarkan perintah reman itu mulai hari ini sehingga 20 Ogos (Ahad) berikutan permohonan SPRM.

    Mohd Isa, 68, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9:10 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dengan diiringi anggota SPRM menaiki kenderaan agensi penguatkuasaan itu untuk prosiding reman berkenaan.

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

     

    Home

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda