Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Isaac lancar single Bahasa Melayu

    Anggota kumpulan K-Pop, IN2IT, Isaac Voo, 28, melancarkan single solo berbahasa Melayu pertama, namun, memilih judulnya dalam bahasa Inggeris, sekali gus mencetuskan persoalan ramai.

    Namun, jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mempunyai alasan memilih judul single Time Bomb dalam bahasa Inggeris.

    “Salah satu keterujaan saya apabila memiliki single solo dalam bahasa Melayu. Cuma, memang ada yang bertanya kenapa judulnya diletakkan dalam bahasa Inggeris.

    “Keputusan meletakkan judul Time Bomb atas kesepakatan dan perbincangan bersama. Lagipun, judul Time Bomb antara frasa catchy dalam lirik.

    “Dalam masa yang sama, pemilihan ini juga didorong atas alasan mahu memperkenalkan single Time Bomb ke peringkat global, termasuklah Korea Selatan,” katanya kepada media.

    Anggota kumpulan K-Pop, IN2IT, Isaac Voo melancarkan single solo berbahasa Melayu pertama. – Agensi

    Isaac mula mencuba nasib dalam industri K-Pop pada 2015, namun, hanya berjaya menganggotai kumpulan IN2IT, dua tahun kemudian berkata, single Time Bomb sangat mencabar buatnya.

    Karya ciptaan Gaston Pong menampilkan penulis lirik bersama, Asyraf Nasir itu membuatkannya menjadi ‘cemas’ pada permulaannya.

    “Sebelum ini, saya pernah menyanyi lagu dalam bahasa Korea dan Inggeris. Jadi, ini kali pertama saya cuba mencabar diri menyanyi dalam bahasa Melayu.

    “Ia membuatkan saya tidak senang duduk, maklumlah kali pertama. Paling mencabar, bahagian rap kerana menggunakan dialek bahasa Sabah.

    “Demi memastikan sebutan tepat, saya mendapat bantuan pasukan kerja termasuk Asyraf,” katanya.

    Dalam pada itu, Isaac teruja memaklumkan video muzik single Time Bomb turut mencerminkan wajah Malaysia.

    Isaac kembali ke Malaysia kerana kerjayanya bersama IN2IT yang turut dianggotai Yoo Ji Ahn, Jung Yeon Tae, Hwang In Ho, Han Hyun Uk dan Lee In Pyo terbantut kerana pandemik COVID, beberapa bulan lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...