Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    iSarawakCare menang anugerah reka bentuk London

    KUCHING, 7 DIS – Sarawak meletakkan diri sebaris dengan jenama besar seperti IBM, Vodafone dan beberapa entiti digital antarabangsa terkemuka dunia apabila aplikasi webnya, iSarawakCare memenangi Anugerah Reka Bentuk London, hari ini.

    Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah menerima anugerah bagi ketagori Perkhidmatan Digital Kerajaan daripada Pengasas dan Pengerusi, Better Future, Mark Bergin, di London.

    “Menerusi slogan ‘One Click at Your Service,’ portal iSarawakCare disepadukan dengan sistem sedia ada di Sarawak seperti SarawakNet, SarawakID, Perbendaharaan Negeri, bank serta sistem kerajaan Persekutuan untuk memudahkan proses merentas semua platform yang terlibat,” kata Fatimah dalam kenyataan, malam ini.

    Beliau berkata iSarawakCare menawarkan akses satu titik mudah kepada inisiatif kerajaan, bantuan, perkhidmatan yang meliputi spektrum antara generasi dan kesaksamaan sosial dalam komuniti melalui kementerian.

    Menurutnya, ia dilakukan melalui sistem yang fleksibel dengan kendalian data, selain membenarkan kementerian mengubah suai, meminda, mengemas kini, memadam sedia ada atau menambah inisiatif masa hadapan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...