Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    ISB diiktiraf CIS, IB

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) melakar satu lagi pencapaian setelah berjaya diakreditasi semula oleh Majlis Sekolah Antarabangsa (CIS) dan Pertubuhan Baccalaureate Antarabangsa (IB).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ISB, hari ini, ISB komited untuk mempertingkat dan memastikan pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. ISB telah diakreditasi sepenuhnya oleh CIS dan menjadi Sekolah IB Dunia sejak 2004.

    Dalam pada itu, ISB telah terlibat dalam proses-proses penting sejak tahun lepas apabila sekolah berkenaan dinilai secara bebas berdasarkan piawaian dan amalan yang ditetapkan oleh CIS dan IB. Pengiktirafan akreditasi berkenaan adalah penting kepada sekolah kerana ia memberikan kesahan luaran mengenai kualiti ISB dan membolehkan sekolah berfungsi sebagai badan pendidikan yang diiktiraf di seluruh dunia.

    CIS ialah institusi yang diiktiraf di peringkat global yang memperakui standard pendidikan sekolah antarabangsa; akreditasinya melambangkan standard tertinggi untuk pendidikan antarabangsa yang visinya adalah untuk memberi inspirasi kepada pembangunan rakyat di seluruh dunia melalui pendidikan antarabangsa berkualiti tinggi.

    Kenyataan turut menjelaskan, Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) menyediakan pelajar dengan pendidikan yang seimbang, memudahkan mobiliti geografi dan budaya, dan menggalakkan pemahaman antarabangsa.

    Sementara itu, Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif, ISB, Tony Macfadyen berkata, “Akreditasi berkenaan mengesahkan komitmen ISB untuk memberi inspirasi kepada kecemerlangan pelajar serta pembangunan kanak-kanak secara menyeluruh.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan dan lembaga pengarah dalam menjayakan usaha berkumpulan ini.”

    ISB melakar satu lagi pencapaian setelah berjaya diakreditasi semula oleh CIS dan IB. – Gambar serahan ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...