ISB rai pelajar cemerlang IB

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) melakar satu lagi kejayaan memberangsangkan apabila 38 pelajar Diploma International Baccalaureate (IB) bagi pengambilan Mei 2021 mencatat keputusan cemerlang dan diraikan pada majlis Anugerah Pencapaian Lembaga Pengarah ISB 2021, baru-baru ini.

Kohort Mei 2021 adalah yang paling cemerlang dalam sejarah ISB, di mana Anugerah Pencapaian Lembaga Pengarah telah bermula pada 2018 di mana pada tahun ini merupakan kali keempat dilaksanakan dengan menyaksikan pencapaian pelajar penerima anugerah IB terbaik ISB sekali gus menerima dermasiswa kewangan untuk menyumbang kepada kos pengajian tinggi mereka.

Di peringkat global, seramai 170,660 pelajar telah dinilai untuk Diploma IB pada Mei 2021, dengan purata skor mata 33. Di ISB sendiri, skor mata ialah 36, jauh melebihi purata global.

Untuk mencapai echelon teratas keputusan IB, para graduan menerima Anugerah Kecemerlangan dalam kategori Gangsa, Perak atau Emas iaitu mata keseluruhan antara 37 dan 45 dan untuk mencapai peningkatan prestasi yang ketara sepanjang pengajian IB mereka, graduan telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian khas.

Pengerusi Lembaga Pengarah ISB, Awang Ahmad bin Isa berkata, mereka sangat kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh para graduan ISB, dedikasi guru-guru dan sokongan padu serta pemahaman ibu bapa yang berganding bahu meskipun menghadapi cabaran impak pandemik yang melanda tanah air sehingga mampu mewujudkan pencapaian yang terbaik di ISB.

Empat pelajar, Charlotte Lim Jia Yee, Ayu Mein Li, Kaewta Jill Benedicto dan Tang Zhong Hau telah menerima Anugerah Emas atas pencapaian mereka dengan memperoleh 43 and 45 mata secara keseluruhannya.

Sementara itu, sembilan pelajar pula telah menerima Anugerah Perak bagi pencapaian antara 40 dan 42 mata secara keseluruhannya. Mereka terdiri daripada Nur Fatima Azma Sulaiman, Dirk Wilfried Hingst, Joshua Wee Tze Hau, Ko Wei Han, Awang Marawan Essam Mohamed Shaaban, Abdullah Mostafa Mahmoud Abdrabou Habib Menisy, Abhipsha Ghosh Dastidar, John Anthony Hannigan dan Natalie Leung Sze Lu.

Manakala 14 pelajar yang menerima Anugerah Gangsa dengan 37 dan 39 mata ialah Loh Wen Jiunn, Awang Abdul Lathif Abd Aziz, Chin Tzer Rong, Dayang Batrisyia binti Haji Mohammad Hairul Radzi, Chelsea Lim Qiao Yin, How Jia Cheng, Dayang Nur Rahmah Zulkifli, Dayang Nursalsabila binti Haji Zainuddin, Dayang Farah Nadiah binti Saiful Bahrin, Lee Jeongbin, Awang Mohd Adie Wafrie Mohd Suhaimi, Dayang Nazirah Asnan, Zachary Koh Chung Kai dan Leroy Soh Hwa Yang.

Selain itu, Finn Reekie-Evans, Bridgette Rose Greaves, Kim Joonho, Pang Poh Hui, Awang Muhammad Ahnaf Danish Firas Haji Othaman, Dayang Nur Syifaa’ Ermielya Mohd Rashidi, Awang Mohammad Nafe’ bin Haji Mohammed Hussain, Chin Jia Wei, Dayang Raiya Ahmed Hashil Al-Maskari, Luk Yu Shian, dan Awang Muhammad Baqir Qayyum Hairol Nizam pula telah menerima Anugerah Pencapaian dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5 mata lebih tinggi daripada garis dasar IB mereka yang ditetapkan secara individu.

Pengetua Eksekutif ISB, Tony Macfadyen turut merakamkan kegembiraan dengan keputusan cemerlang yang diperoleh yang mengiktiraf kualiti intelek pelajar mereka lebih-lebih lagi IB yang merupakan kursus kecemerlangan selama dua tahun itu.

Gambar ramai pelajar IB yang memproleh keputusan cemerlang pada majlis penerimaan anugerah Pencapaian Lembaga Pengarah ISB baru-baru ini. – Gambar serahan ISB