Isco alami kecederaan di paha

MADRID, 19 JUN – Pemain tengah Real Madrid, Isco mengalami kecederaan di bahagian paha, menurut kelab itu kelmarin, dengan pemain tengah itu akan direhatkan sekitar tiga minggu.

Isco akan terlepas perlawanan Madrid menentang Valencia dan berkemungkinan juga terlepas dalam perlawanan menentang Real Sociedad, Real Mallorca dan Espanyol sebelum akhir bulan ini.

Pemain Sepanyol itu hanya membuat 11 penampilan liga musim ini tetapi menikmati dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama Real Madrid.

Madrid ketinggalan lima mata di belakang Barcelona yang berada di puncak La Liga tetapi dapat kembali mengurangkan jurang kepada dua mata jika mereka memenangi perlawanan mereka menentang Valencia. – AFP