Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Isco setuju sertai Sevilla

    MADRID, 7 OGOS – Pemain tengah Sepanyol, Isco, yang tamat kontrak bersama Real Madrid, bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun bersama Sevilla, menurut kenyataan dikeluarkan oleh kelab baharunya hari ini.

    “Kami telah mencapai persetujuan bersama Isco untuk menjadi pemain pembelian ketiga kami semasa jendela perpindahan ini,” menurut kenyataan kelab.

    “Dia sudah tiba di Sevilla dan akan menjalani ujian kesihatan esok dan sekiranya berjalan lancar, dia akan menandatangani perjanjian selama dua tahun.”

    Sevilla telah merekrut pemain pertahanan Marcao dari Galatasaray dan Alex Telles secara pinjaman dari Manchester United musim panas ini.

    Pemain yang pernah membuat 38 penampilan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol itu akan digandingkan sekali lagi dengan bekas jurulatih Sepanyol dan Real Madrid, Julen Lopetegui dalam usaha untuk membangkitkan semula kariernya.

    Isco menyertai Real Madrid dari Malaga sembilan tahun lalu dengan bayaran sebanyak 30 juta euro dan berjaya memenangi liga gelaran Liga Juara-Juara, tiga trofi La Liga dan satu piala Copa del Rey.

    Pemain berusia 30 tahun itu membuat 353 penampilan dan beraksi di empat perlawanan akhir Liga Juara-Juara, termasuk dua kali sebagai pemain kesebelasan utama menentang Juventus pada 2017 dan Liverpool pada 2018.

    Tetapi Isco menjadi pemain lebihan sejak beberapa musim kebelakangan dan tidak dipilih oleh Carlo Ancelotti untuk beraksi di kempen Liga Juara-Juara musim lalu.

    Dihimpit dengan kecederaan belakang, dia hanya mampu bermain 17 perlawanan, tiga kali sebagai kesebelasan utama musim lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...