Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ishaq Dar dilantik sebagai menteri kewangan Pakistan

    NEW DELHI, 28 SEPT – Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu, hari ini.

    Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan di hadapan Presiden Arif Alvi di Islamabad pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.

    Dar pulang ke Pakistan dari London pada malam Isnin selepas bersuaka kira-kira lima tahun.

    Beliau mengangkat sumpah sebagai ahli dewan tinggi parlimen kelmarin.

    Seorang akauntan bertauliah, Dar menjadi menteri kewangan Pakistan untuk kali keempat.

    Pemegang jawatan itu sebelum ini, Miftah Ismail secara rasmi meletak jawatan pada Selasa, selepas berkhidmat kira-kira lima bulan.

    Dar mengambil alih ketika ekonomi Pakistan bergelut dengan cabaran inflasi yang melambung tinggi, kelemahan mata wang dan keyakinan pelabur yang rendah. – Bernama

    Presiden Arif Alvi menyaksikan Ishaq Dar mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan Pakistan di Islamabad, Pakistan, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...