Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Isi masa lapang timba ilmu pengetahuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara serta menyuntik semangat patriotisme dalam diri, Pusat Kegiatan Warga Emas Belait telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini.

    Rombongan seramai 27 orang ahli pusat itu diketuai oleh Pengurus Pusat Kegiatan Warga Emas Belait, Awang K Salim bin Abdul Karim.

    Lawatan ke Jabatan Penerangan itu merupakan sebahagian daripada Program Masyarakat Bermaklumat yang diadakan selama dua hari bagi mendedahkan peserta melalui taklimat dan lawatan ke beberapa buah tempat.

    Taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk’ disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara, masyarakat dan keluarga dalam sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara.

    Rombongan ahli PKWE Belait semasa lawatan ke KN Nursery, Kampung Tungku.
    Peserta Program Masyarakat Bermaklumat mendengar penjelasan diberikan oleh kakitangan Rimba Garden Central.

    Peserta kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Lentera Makmur yang telah dirasmikan pada 10 April tahun lalu.

    Taklimat berkenaan merupakan nilai tambah kepada platform penyebaran maklumat yang sedia ada, sejajar dengan objektif asal penubuhan Jabatan Penerangan pada 1 April 1952 iaitu untuk menyalurkan maklumat dasar dan aktiviti kerajaan kekal relevan dan ditanai secara berterusan.

    Jabatan Penerangan juga berperanan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira di bandar mahupun pedalaman, dalam usahanya untuk membudayakan masyarakat bermaklumat.

    Pengisian Program Masyarakat Bermaklumat juga disertakan dengan lawatan ke KN Nursery di Kampung Tungku bagi mendengar taklimat ringkas mengenai tanam-tanaman yang diungkayahkan oleh syarikat berkenaan. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Projek RGC, Jamalludin bin Haji Yusoff.

    Para peserta juga mengadakan lawatan ke Rimba Garden Central.

    Dengan adanya program yang melibatkan taklimat dari agensi tertentu dan perkongsian maklumat dengan pengusaha yang berjaya, Jabatan Penerangan berharap agar para peserta lebih bersemangat untuk mempertingkat taraf hidup mereka melalui aktiviti keusahawanan dalam sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mapan, selain sama-sama menanai hasrat kerajaan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...