Israel akan buka landasan antarabangsa baharu

BAITULMAQDIS, 21 Jan – Israel akan merasmikan lapangan terbang antarabangsa baharu hari ini yang jauh ke selatan untuk merangsang pelancongan berhampiran Laut Merah dan akan menjadi alternatif kecemasan kepada lapangan terbang Ben-Gurion, Tel Aviv.

Majlis rasminya dijadualkan bermula pada 11:30 pagi (0930 GMT) dan dihadiri oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Pada awalnya Lapangan Terbang Ramin hanya mengendalikan penerbangan domestik, yang dioperasikan oleh syarikat pengangkutan Israel, Arkia dan Israir, namun tarikh bagi menerima penerbangan antarabangsa belum lagi diputuskan.

Lapangan terbang baharu itu dinamakan sempena Ilan Ramin, astronaut pertama Israel yang meninggal dalam nahas kapal angkasa Columbia dan pada masa hadapan akan menerima jet-jet jumbo dari seluruh dunia. – AFP