Israel batal pengharaman eksport Palestin

BAITULMAQDIS, 20 FEB – Israel telah menamatkan pengharamannya ke atas eksport pertanian Palestin selepas Pihak Berkuasa Palestin membatalkan kawalannya ke atas import anak lembu daripada penternak haiwan ternakan Israel, kata kementerian pertahanan hari ini, sekali gus menyelesai perbalahan perniagaan berbulan-bulan lamanya.

Pihak Berkuasa Palestin pada September mengurangkan jumlah anak lembu yang diimport dari Israel, berkata pada masa itu ia mahu mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar Israel.

Selepas dialog menemui kegagalan, Israel pada 2 Februari memutuskan eksport Palestin ke negara Yahudi.

Penduduk Palestin bertindak balas dengan mengharam import hasil keluaran Israel, minuman ringan dan air galian.

Israel seterusnya melanjutkan pengharaman ke atas eksport Palestin ke lintasan sempadan Allenby Bridge dengan Jordan, satu-satunya laluan di mana barangan Palestin di Tebing Barat boleh sampai ke pasaran asing.

Perang perniagaan itu dijangka bertambah buruk tatkala ketegangan di Tebing Barat meningkat selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan pelan perdamaian kontroversi.

Namun hari ini, Menteri Pertahanan Israel Bennett mengumumkan beliau telah membatalkan semua sekatan yang dikenakan ke atas eksport Palestin, “selepas pengharaman ke atas petani Israel dibatalkan,” kata kementerian dalam satu kenyataan. – AFP