BAITULMAQDIS, 17 FEB – Perdana Menteri Israel berkata sistem ‘pas hijau’ vaksinasi koronavirus negara akan digantung ketika kes harian baharu COVID-19 terus berkurangan.
Naftali Bennett berkata hari ini selepas mesyuarat dengan pegawai kesihatan bahawa gelombang Omicron Israel ‘telah putus’ dan pengurangan tambahan dalam sekatan koronavirus bakal dilaksanakan.
Pas Hijau, pasport vaksinasi digital Israel, mengehadkan kemasukan ke tempat tertutup dan perhimpunan besar kepada orang yang telah sembuh daripada koronavirus atau menerima sekurang-kurangnya tiga dos vaksin.
Walaupun jangkitan baharu masih tinggi, kementerian kesihatan Israel telah melaporkan kemerosotan dalam kes serius COVID-19 sejak gelombang Omicron mencecah kemuncak pada awal Februari. – AP