Israel bedil Hamas selepas serangan roket

BAITULMAQDIS, 22 NOV – Tentera Israel membedil beberapa sasaran strategik Hamas di Gaza, sebagai serangan balas roket yang dilancarkan dari wilayah Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel, berkata serangan balas itu disasarkan kepada dua tapak penghasilan senjata roket, kawasan tentera dan kemudahan bawah tanah.

Tanpa sebarang butiran lanjut, perkhidmatan kecemasan bagaimanapun berkata tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam serangan berkenaan, malah media Israel mengesahkan bahawa roket itu jatuh di kawasan lapang.

Media tempatan semalam melaporkan kawasan berdekatan kota Israel, iaitu Ashkelon dikejutkan dengan bunyi siren yang kuat, sebelum dibedil dengan roket, yang dilancarkan dari sempadan Gaza.

Pada 15 November lalu, Hamas melancarkan dua serangan roket dari pesisir wilayah Palestin yang mensasarkan kawasan berdekatan Israel, namun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan berlaku. – AFP