Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel berang Interpol lulus keanggotaan Palestin

    BAITULMUQADDIS, 28 Sept – Israel berang dengan tindakan Interpol yang mengundi meluluskan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) menjadi anggota pertubuhan polis antarabangsa itu, lapor agensi berita China Xinhua.

    Keputusan itu dibuat meskipun Israel mengadakan kempen untuk menggagalkan undian berkenaan.

    Terdahulu, keanggotaan Palestin dalam Interpol menerima undian melebihi majoriti dua pertiga.

    Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam kelulusan itu dan tindakan berkenaan menurutnya melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan Israel.

    Netanyahu berkata, tindakan kepemimpinan Palestin sejak kebelakangan ini menyukarkan lagi peluang mencapai keamanan di antara kedua-dua negara.

    Tindakan Palestin juga dilihat sebagai sebahagian daripada kempen negara itu untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda