Israel bertanggungjawab atas kesejahteraan Anhar Deek

KAHERAH, 2 SEPT – Liga Arab kelmarin mahu Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan tahanan Palestin, Anhar Deek, yang dijangka akan melahirkan anak damit.

Pertubuhan Seluruh-Arab itu mendesak pertubuhan masyarakat awam (CSO) di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa, menurut agensi berita Jordan (Petra).

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab Said Abu Ali dalam satu kenyataan media berkata Sekretariat Agung mengikuti dengan penuh prihatin penderitaan tahanan Palestin, yang sebahagiannya terdiri daripada kanak-kanak, pesakit, wanita dan warga tua.

Deek, yang tempoh bersalinnya tidak lama lagi, mengalami kekurangan rawatan, yang menekankan ia bertentangan dengan prinsip hak asasi dan nilai kemanusiaan. – Bernama