Israel bina sistem pertahanan bawah tanah

BAITULMUQADDIS, 19 JAN – Tentera Israel berkata ia mula membina sistem pertahanan bawah tanah hari ini di sepanjang sempadan utaranya dengan Lubnan untuk melindungi kawasannya daripada terowong merentas sempadan.

Projek infrastruktur akan mengenal pasti aktiviti akustik dan seismik bawah tanah yang menunjukkan penggalian terowong disertai dengan langkah pertahanan lain, kata jurucakap tentera, Lt. Kol. Jonathan Conricus.

Israel memusnahkan siri apa yang dikatakan sebagai serangan terowong tahun lepas, yang digali di bawah sempadan oleh kumpulan militan Lubnan Hizbullah.

Kumpulan ini berjuang melawan Israel dalam peperangan satu bulan pada tahun 2006.

Hizbullah sekutu rapat dengan Iran, musuh serantau terbesar Israel dan berikrar untuk membalas dendam untuk pembunuhan jeneral Iran atas serangan dron awal bulan ini.

Conricus berkata pembinaannya akan berada di sempadan Israel dan sempadan penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah dimaklumkan.

“Apa yang kita lakukan hari ini adalah sebahagian daripada pelan terbesar,” katanya “Kami faham bahawa aktiviti kami mungkin dilihat dan akan didengar oleh pihak sebelah dan kami mahu menjelaskan apa yang kami lakukan dan kenapa ia dilakukan. Ia adalah salah satu langkah berjaga-jaga.”

Israel baru-baru ini telah memberi amaran bahawa Hizbullah telah meningkatkan kehadirannya di sepanjang sempadan yang tidak menentu. – AP

Gambar fail pada 2 September 2019 menunjukkan penjaga keamanan PBB Sepanyol melakukan rondaan di sepanjang sempadan Lubnan- Israel . – AP