Israel deportasi pekerja Filipina, anak lelaki

BAITULMAQDIS, 13 OGOS – Israel telah mendeportasi seorang pekerja penghijrah Filipina dan anak lelakinya kelahiran Israel yang tidak pernah menjejak kaki ke Filipina, selepas rayuan saat-saat akhir gagal, kata kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa hari ini.

Dia antara 600 pekerja dari negara Asia Tenggara yang aktivis katakan boleh berdepan deportasi berhubung hilang status penduduk tetap. – AFP