Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Israel digesa hentikan kekerasan

    RAMALLAH, 3 OKT – Palestin pada Ahad menggesa komuniti antarabangsa memastikan Israel bertanggungjawab secara langsung terhadap peningkatan keganasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.

    Selain itu, komuniti antarabangsa juga digesa memberi tekanan hebat yang sebenarnya ke atas rejim untuk menghentikan segera semua kekerasan terhadap rakyat Palestin.

    Palestin juga mahu negara-negara Eropah memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip hak asasi manusia, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, Israel masih tidak berganjak dengan perbuatannya dan Palestin memandang serius perkara ini kerana ia dilihat hanya memenuhi kepentingan Israel.

    Gesaan itu dibuat menjelang mesyuarat ke-12 Majlis Persatuan Kesatuan Eropah-Israel, yang bakal berlangsung di Brussels. Mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai topik perdagangan, tenaga, perubahan iklim, budaya, sains dan teknologi.

    Pertemuan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang berterusan antara tentera Israel dan rakyat Palestin di Tebing Barat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...