Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Israel gagalkan komplot Hamas

    BAITULMAQDIS, 24 MEI – Seorang anggota keselamatan Israel berkata hari ini sebuah unit Hamas di Baitulmaqdis telah merancang beberapa serangan ke atas sasaran Israel, termasuk membunuh ahli parlimen Yahudi.

    Menurut agensi keselamatan Shin Bet, lima anggota Hamas dari Baitulmaqdis telah merancang untuk membunuh penggubal undang-undang Itamar Ben-Gvir, mengebom kereta api Baitulmaqdis dengan dron dan menculik tentera.

    Salah seorang daripada lima anggota itu, yang ditahan pada April, telah ‘menubuhkan satu rangkaian aktivis di Baitulmaqdis bertujuan mengganggu ketenteraman awam di Baitulmaqdis dan Temple Mount semasa bulan Ramadan, menurut kenyataan Shin Bet.

    Kelima-lima anggota Hamas telah mengambil bahagian dalam rusuhan di perkarangan masjid Al-Aqsa, kata Shin Bet.

    Ia berkata pegawai telah merampas sebuah dron yang disyaki telah digunakan dalam komplot pengeboman itu. Ada di antara mereka yang ditahan juga pernah menjalani latihan menembak, tambahnya.

    Kementerian keadilan hari ini telah memfailkan dakwaan ke atas Rashid Rishq, Mohammad Salaymeh dan Hamzah Abu-Nab. Mereka didakwa bersubahat membunuh dan menculik, berkomplot mengebom, menjadi ahli pertubuhan pengganas, menyerang pegawai polis dan mengganggu keamanan, menurut dokumen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...