Israel henti guna pengesan logam di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDDIS, 25 Julai – Israel hari ini mula membuka pengesan logam yang dipasangnya seminggu sebelumnya di tempat suci Baitulmaqddis, dengan harapan menamatkan krisis dengan dunia Islam, termasuklah sekutu keselamatan, Jordan, penjaga tempat suci Islam.

Pengalihan alat itu menyusuli resolusi pertikaian diplomatik selama 24 jam dengan Jordan ekoran kejadian penembakan mati di Kedutaan Israel di negara beraja itu, yang menunjukkan perjanjian lebih luas telah dimeterai.

Kakitangan Kedutaan Israel termasuklah pengawal keselamatan yang telah membunuh dua warga Jordan selepas diserang oleh salah seorang dari mereka dengan menggunakan pemutar skru, telah pulang ke Israel dari pangkalan mereka di Jordan semalam.

Jordan pada awalnya berkata pengawal itu tidak boleh pergi tanpa disiasat, manakala Israel berkata dia mempunyai imuniti diplomatik.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Raja Abdullah II Jordan telah bercakap melalui telefon lewat semalam untuk membincangkan krisis-krisis, yang termasuklah ketegangan berhubung kawasan suci di Bandar Lama, Baitulmaqddis seluas 15 hektar.

Umat Islam ketika menunaikan sembahyang di luar Kota Lama Baitulmaqdis pada 25 Julai 2017. Israel kelmarin mula membuka pengesan logam yang dipasangnya seminggu sebelumnya di tempat suci Baitulmaqddis, dengan harapan menamatkan krisis dengan dunia Islam. – Xinhua
Umat Islam ketika menunaikan sembahyang di luar Kota Lama Baitulmaqdis pada 25 Julai 2017. Israel kelmarin mula membuka pengesan logam yang dipasangnya seminggu sebelumnya di tempat suci Baitulmaqddis, dengan harapan menamatkan krisis dengan dunia Islam. – Xinhua

Kawasan bertembok itu adalah tempat ketiga paling suci Islam dan tempat suci agama Yahudi, pernah menjadi tempat terletaknya kuil-kuil kitab Bible.

Perjanjian itu dimeterai di tengah usaha-usaha diplomatik gigi AS, dengan utusan Timur Tengah Presiden Donald Trump, Jason Greenblatt, mengadakan pertemuan dengan Netanyahu di Baitulmaqddis semalam.

Israel telah memasang pengesan logam di pagar tapak yang ditadbir oleh pihak Islam awal bulan ini, selepas lelaki-lelaki bersenjata Arab membunuh dua pengawal polis Israel di sana.

Tindakan itu menyebabkan kemarahan dunia Islam, di tengah dakwaan Israel cuba meluaskan kawalan ke atas tapak itu di bawah penyamaran kawalan keselamatan. Pemasangan pengesan logam mencetuskan bantahan-bantahan besar dan keganasan Israel-Palestin minggu lalu yang membawa kepada kematian.

Israel menafikan ia mempunyai agenda tersembunyi, dengan menggambarkan pengesan logam sebagai kaedah yang diperlukan untuk mencegah serangan-serangan. – AP