Israel kuatkuasa sekatan virus kedua

BAITULMAQDIS, 18 SEPT – Israel dijangka mengenakan sekatan kedua di seluruh negara hari ini untuk mengatasi kadar jangkitan koronavirus tertinggi di dunia, meskipun bantahan awam berhubung kesan baharu ke atas ekonomi.

Perintah berkurung selama tiga minggu dari pukul 2 petang bermula beberapa jam sebelum Rosh Hashana, tahun baharu Yahudi, dan akan dilanjutkan sehingga cuti awam lain.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali mengenakan sekatan.

“Sistem kesihatan telah menambah tahap amaran…Kami melakukan segala-galanya untuk mencapai keseimbangan di antara keperluan kesihatan dan keperluan ekonomi,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen semalam. Sementara kerajaan dipuji atas pengendalian awal pandemik menerusi pelaksanaan sekatan ketat pada Mac, kebanyakan rakyat Israel telah meluahkan kekecewaan terhadap salah pengurusan kabinet ke atas krisis kesihatan dalam beberapa bulan ini. – AFP

Anggota polis Israel mendirikan sekatan terhadap lalu lintas di tempat pemeriksaan di Baitulmaqdis kelmarin, untuk menguatkuasakan sekatan di tengah pandemik koronavirus. – AFP